Sunday, December 27, 2009

trip to malacca


hi, baru2 ni saya dan keluarga berpeluang pergi melawat bandar bersejarah iaitu melaka... tak banyak tempat yang kitorang lawati memandangkan masa kitorang banyak terbuang di dlm kereta akibat tersesat....hahaha

22/12 - family saya bertolak dr kedah waktu pagi dan smpai KL tgh hari. lepas check in hotel Justify Fulldorang g jalan2 kat KLCC. dlm kul 6 saya balik opis. balik rumah sewa jap packing brg then terus pegi hotel yg family saya sewa tuh. mlm tu jenjalan kat area kg baru...sesat! balik hotel smua dah keletihan akibat kesesatan d hutan batu....

23/12 - bawa adik pegi sunway main ice skating sbb dah janji dgn dia dah b4 this. semuanya berjalan dgn lancar. pas kuar dr sunway tu nak pegi melaka...sesat lagi! jumpa tol...alhamdulillah...sepanjang kat highway tu smuanya berjalan dgn lancar...saya dan adik2 dah tertido...sedar2 dah sampai melaka...kat bandar melaka, kitorang sesat masa nak cari hotel....pusing dua tiga kali jumpa tempat yang sama gak...tiba2 terjumpa hotel terus check in. mlm tu saya dah flat...sakit kepala...nak keluar tak larat...pas mkn telan penadol terus tdo...family saya lak kuar malam tu g meronda sekitar bandar melaka. saya pulak? meronda dlm mimpi...huihuihui....

24/12 - check out. pastu plan nk pegi menara taming sari n kota a famosa tapi tersesat. 4 kali pusing2 terjumpa jalan hang tuah jugek....time tu baru la saya terasa mcm...arghh!!!! aku sgt2 memerlukan GPS!!! try n error last2 jumpa jugak tempat yg nak dituju tu..padehal sebelum ni dah lalu dah tempat tu...wakakaka... so kitorang melawat muzium...bermacam2 muzium la kitorang pegi...nak senarai pon x larat nak senarai....pastu g kota a famosa, naik boat.....sebelum tu ade gak kitorang pegi eye of malaysia tapi time tu awl sgt...tak buka lagi....hari dah agak ptg...kitorang bertolak pulang...mak dgn happy berkata 'bagusnya melaka ni...parking free'.....
then bertolak g PD sbb adik ckp nak mandi laut kat PD...konfiden je leh smpai PD awal....tgk2 tersesat lagi...cari jln nak kuar dr melaka tak jumpa...tak tahu tol kat mn...padehal kat air keroh je...kitorang dah gerak jauh dr air keroh...tanya org ni..tanya org tu...smua bg direction yg berbeza...skali lagi saya terasa seperti....arghhh!!! serius kali ni aku kena beli hp yg ada GPS!!! akhirnya terjumpa juga org yg boleh dipercayai dan directionnya betol. terpaksa berpatah balik.jauh gak la.....
tiba2 mak ternampak sehelai kertas berkibar2 di viper kereta. mak suruh abah stop kete jap nak ambil kertas tu....rupernye saman...ahaha...kena saman parking...!! terus mak tarik balik kata2nya sebelum ni...
hari dah lewat, abah ckp nak bermalam kat air keroh je la...cari hotel tapi hotel full. yg ada pon mahal2...tak sanggup...saya ckp takpe la...guna duit saya utk bayar hotel tapi abah tak nak. abah ckp nak balik kdh terus...tak jadi nak g PD...hmmm...abah kalau dah kata nak balik, mmg dia akan balik sbb abah seorang yg tegas. kitorang smua takleh nak bantah...terus abah hantar saya balik KL dan diorang gerak balik kdh....

happy gle ms kat melaka tu sbb leh melawat byk tmpat yg bes walaupun bkn smua tempat kitorang melawat....pengalaman paling bes ms pegi pameran penderaan..errkkkk....seram+happy...huhuhu

Monday, December 21, 2009

hoshi sunsilk blog 2 paris

hi, saya ada something nak kongsi ngan korang...hehe...sebenarnya tadi saya call mak di kedah. mak dengan happy gtau kat saya yang dia ada terbaca metro hari sabtu ritu pasal sunsilk blog 2 paris...dengan excitednya saya terus buka website harian metro dan search artikel pasal sunsilk blog 2 paris...ada 1 petikan yang sgt2 menarik minat saya;

Bagi gelaran Blog Gaya Rambut atau Tudung Paling Menarik, ia dimenangi pasukan Hoshi yang mana ahli pasukan berkenaan semuanya memakai tudung.(dipetik dari harian metro)

ini membuktikan bahawa walaupun ahli group kitorang semuanya bertudung, kitorang still mampu utk memaparkan gaya rambut dan tudung yang menarik dlm blog tersebut...



do visit to our blog we-hoshie.blogspot.com

ketumbuhan payudara wanita

sedang saya mem'google' tadi, tiba2 saya terjumpa artikel ni dlm blog anizyn.blogspot.com

so, saya terasa amat berbesar hati utk berkongsi maklumat ni dengan korang smua terutamanya pembaca wanita. guys, kalau nak baca pun boleh gak untuk menambah pengetahuan....;)

dipetik dari anizyn:

KEBANYAKAN wanita masa kini akan merasa gundah apabila mendapati di dalam payu dara mereka terdapat ketumbuhan. Ini memungkinkan mereka menghidap kanser payu dara.

Kanser payu dara adalah kanser paling kerap berlaku dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita seawal umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003.

Kanser payu dara paling biasa berlaku di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan kaum Melayu.

Kanser payu dara juga menyumbang kepada 31 peratus daripada jumlah kes kanser wanita pada tahun 2003 (30.4 peratus pada 2002).

Namun, bukan kesemua ketumbuhan di dalam payu dara merupakan kanser payu dara. Walhal hampir 80 hingga 90 peratus adalah ketumbuhan biasa yang bukan berbentuk kanser.

Walau bagaimanapun, oleh kerana kanser payu dara merupakan satu penyakit utama di kalangan masyarakat dunia yang mengakibatkan kesengsaraan dan kematian jutaan manusia, setiap ketumbuhan pada payu dara mesti dianggap kanser sehingga terbukti sebaliknya secara saintifik.

Untuk membezakan dengan tepat antara ketumbuhan biasa (benign tumour) dan kanser payu dara secara fizikal adalah sukar.

Hanya dengan membuat kajian sitologi (kajian sel) sahaja dapat kita memastikan sesuatu ketumbuhan itu kanser atau sebaliknya.

* Kaji penyakit

Hampir 80 hingga 90 peratus ketumbuhan dalam payu dara adalah ketumbuhan biasa yang bukan berbentuk kanser.

Ketumbuhan biasa (benign tumour) yang boleh berlaku di dalam payu dara termasuklah:

Fibroadenoma

* ketumbuhan ini kerap berlaku di kalangan wanita muda. Permukaan ketumbuhan ini licin dan mungkin berbonjol serta boleh bergerak sekeliling apabila ditekan dari luar.

Fibrocystic mastopathy

* ini biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 30 hingga 50 tahun yang belum putus haid. Saiznya berbeza berdasarkan pusingan haid dan bertambah besar dan sakit apabila menghampiri haid. Berdasarkan sifat percambahan sel epitelium, ia berisiko berubah menjadi kanser.

Sista (Cyst)

* ketumbuhan ini adalah biji yang mengandungi air. Kebanyakan tidak merbahaya melainkan biji yang mengandungi darah.

Nekrosis lemak

* ketumbuhan ini berpunca daripada kecederaan pada payu dara yang menyebabkan sel lemak payu dara mati dan membentuk kumpulan biji yang keras. Agak sukar untuk membezakannya dari kanser melainkan dengan kajian sel histologi.

Bisul (breast abcess)

* selalunya tidak sukar untuk membezakan bisul dengan kanser. Tetapi “antibioma” iaitu keras yang terjadi apabila bisul dirawat secara konservatif, boleh menyukarkan perbezaan ini.

* Perbezaan

Seperti yang telah disebut tadi, untuk membezakan dengan tepat antara ketumbuhan biasa (benign tumour) dan kanser payu dara secara fizikal adalah sukar.

Walau bagaimanapun, beberapa petunjuk mungkin dapat memberikan gambaran kasar sama ada ketulan di payu dara itu berkemungkinan merbahaya.

Ia melibatkan risiko individu untuk kanser, sifat fizikal ketumbuhan, penand a aras tumor (tumour marker) dan genetik.

Semakin banyak petunjuk yang positif, semakin mirip ketumbuhan itu kepada ketumbuhan kanser.

* Risiko mendapat kanser payu dara

Seperti kebanyakan penyakit kanser, penyebab utama kanser payu dara masih belum diketahui tetapi dipercayai melibatkan faktor penyebab seperti faktor genetik dan faktor alam sekitar.

Banyak telah diperkatakan mengenai petunjuk bagi mereka yang berisiko untuk menghidap kanser payu dara. Ia tetap menjadi petunjuk semata-mata.

Ramai penghidap kanser payu dara tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser payu dara.

Walau apapun, petunjuk-petunjuk ini bertujuan membuat seseorang lebih berhati-hati dan peka dengan penyakit tersebut dan mendapatkan rawatan dengan segera.

Secara ringkasnya, mengetahui faktor risiko akan memutuskan sama ada individu perlu atau tidak melakukan pemeriksaan saringan.

Sekiranya individu tidak mempunyai faktor-faktor risiko, tidak bermakna individu selamat. Kanser payu dara tidak boleh dicegah dan strategi utama adalah pengesanan awal dan rawatan sebelum kanser itu merebak.

* Pemeriksaan payu dara

Pemeriksaan payu dara boleh dilakukan oleh pengamal perubatan atau individu itu sendiri. Tiada siapa yang lebih arif akan badan seseorang melainkan individu itu sendiri.

Adalah digalakkan setiap individu membuat pemeriksaan payu dara sendiri setiap bulan.

Bahagian ketiak patut juga diberi perhatian dengan urutan untuk memastikan ia normal dan tiada ketulan.

* Saiz ketumbuhan

Kebanyakan ketumbuhan yang bersaiz lebih daripada satu sentimeter dapat dirasai secara fizikal dengan pemeriksaan sendiri.

Kadang kala, kesukaran untuk merasai ketulan berlaku disebabkan tidak banyak perbezaan konsistensi antara ketulan dan tisu payu dara di sekelilingnya, atau kedudukannya yang terlalu dalam.

Kebiasaannya, saiz yang kurang dari satu sentimeter sukar untuk dirasa. Di dalam keadaan begini ujian ultrasound atau mammogram dapat membantu mengenalpasti kewujudan ketulan itu.

Sunday, December 20, 2009

cyberjaya privilege card

weee....tiba pada suatu hari tu saya menerima card ni dari kak linda...staf admin kat ofis saya. terpinga2 saya mengambil kad ni dan saya tanya kak linda

"macam mana saya leh dapat kad ni?"
kak linda jwb, "sbb korang lawan futsal kat cyberview hari tu"

dlm hati, kad ape ni....dan pada hari jumaat hari tu saya berkesempatan utk pergi kat cyberview. dan kesempatan tu saya ambil utk tanya pasal card ni...

sebenarnya kad ini cumalah sebagai passport utk saya involve aktiviti2 yang diadakan di cyberjaya sepanjang tahun. memandangkan saya mempunya kad ni, so saya boleh kutip points sekiranya saya attend atau participate dlm events yang diadakan. then, points yang saya dapat tu can be redeemed at the end of the year dan saya berpeluang untuk memenangi some fabulous prizes. bukan tu saje...dgn kad ni saya juga bleh dapat diskaun di mana2 outlet yg saya participate. senarai outlet2 tu sumer ada dlm website www.cyberjayaevent.com

persoalannya, adakah saya akan guna kad ni utk menyertai aktiviti2 di cyberjaya memandangkan tempat tinggal saya agak jauh dari cyberjaya....?huhu... tapi xpe la...org dah bagi kad ni saya terima je la...

p/s: sesiapa yang nak join aktiviti kat cyberjaya tu gtau la ekk...bley saya bagi pinjam kad ni utk tambahkan point saya...hehehe

Clear Smooth Mineral Luminous Blush ni merupakan slah satu alat mekap saya yg terbaru...baru je beli hari jumaat hari tu dan baru je dirasmikan pagi td masa nak pegi wedding yazmin. pertama kali saya gunakan blusher dari maybelline. sebelum ni saya hanya guna blusher produced by silkygirl....paling bes beli blusher ni dapat free bekas dia yg cantik dan cute tu...weeee...sukenye saya....

so utk blusher ni saya telah memilih warna yang agak neutral memandangkan saya mmg dah ada blusher yg kaler pink...ekceli kaler pink look nice. may be because i m a pink maniac so apa saja yg kaler pink msti nampak cantik di mata saya. so, ketepikan soal kaler apa yg saya suka...yang penting adalah variasi warna bcoz sometimes i need to choose the color depends on my mood, my style and the place where i m gonna go. semua tu memerlukan pilihan warna yg sesuai. saya bukanlah seorang yg pandai mengenakan make up di muka tapi itulah yang saya baca dari majalah. aina penah ckp kat saya jgn gunakan blusher kaler pink sbb saya akan nampak seperti patung. dia suruh saya gunakan blusher yg lebih menampakkan saya ni seorang yg sofistikated memandangkan saya sudah bekerja skrg ni...so, ini membuktikan yg warna blusher memainkan peranan yg penting dlm penampilan si pemakai....

so berbalik kepada clear smooth mineral luminous blush ni, pasti ada yg tertanya...kenapa dlm banyak2 blusher, blusher ni jugak yg saya beli? ok, jawapannya adalah....perasaan ingin mencuba. kebanyakan alat make up saya yg lain spt eye liner, eye shadow, maskara, lipstik, bedak compact dan foundation dari jenama maybelline dan saya sgt berpuas hati dgn produk ni. jadi apa salahnya kalau saya ingin mencuba dan harganya tidaklah mahal sgt...cuma RM32.30 je...

okay, komen selepas saya gunakan blusher ni. setelah beberapa jam dan hampir sehari suntuk memakai blusher ni, warnanya masih belum hilang n still nampak fresh walaupun muka dah berpeluh2...yg penting warnanya sgt cantik dan sesuai dgn kulit muka saya...yay!! tak sia2 saya beli blusher ni...mmg berbaloi dgn harganya...sbb tu la saya berani mencuba untuk product maybelline ni....

and u girls out there, don't afraid to use product from maybelline...u should try it...;)

sepatutnya time maal hijrah ni kita buat sesuatu yg kearah kebaikan tetapi apa yg saya buat pada hari tersebut adalah hang out bersama kawan2...mulanya bazlie la sms kitorang satu rumah ajak g makan kat restoran saba' yang terletak di cyberjaya.lepas tu saya dan zan ape lagi....jalan je la...nak pula org yg belanja...hehe...yat? sejak hubby dia ada kat KL ni, smua aktiviti dia dah tersekat. so dia tak dapat nak join kitorang. bazlie ambik saya dan zan dirumah...hanis pon join jugak...wow!! bazlie bersama 3 gadis2 c*n...he is so hot...persoalannya...hot ke?hahaha....(gelak jahat) bazlie drop kitorang kat alamanda dulu sementara dia pegi solat jumaat. saya, zan dan hanis masing2 tak excited langsung nak beli brg sbb perut dah lapar sgt2...walaupun x excited, saya masih berjaya membeli maybelline luminous blush...wakaka...dlm kul 2 lebih tu bazlie dtg semula bersama kereta Gen2 mengambil kitorang bertiga. buat kali kedua saya mkn d restoran saba'.FYI, restoran ni menyediakan makanan ala2 arab. so ramai la pak arab yg selalu mkn di sini...nasi dia...fuh!! terbaik la...byk gila...tak abis nak mkn. sayang sekali...saya lupa nak snap gambar kat restoran tu. maklum la time tu perut terasa lapar sgt dan bila mknn ada depan mata...benda lain mmg dah tak igt...

ms kat restoran saba' tu saya ada citerkan pasal privilege card yg saya dpt..(nanti akan ada post ttg card ni)...then ktiorang pegi la cyberview semata2 nak tanya ttg card tu...ye la...alang2 dah sampai cyberjaya...lepas tanya psl card tu kitorang pun gerak nak balik. tiba2 hanis, bazlie n zan nak main golf bila tertengok pdg golf kat cyberview tu. then kitorang stop utk main golf...hujan turun time tu tapi ttp x mematahkan semangat kitorang utk main golf. masing2 tak pandai main. dapat kayu golf tu main pukul je sekuat hati....berdekah2 kitorang ketawa bila tgk skill permainan masing2...ada yg pukul angin je...ada yg pukul sekuat hati tapi bola golf terbang hanya 8 inci je....tapi bila berjaya buat pukulan yg jauh...mmg puas hati gile....bola golf dah abis tapi bazlie mcm tak puas hati lagi...dia kutip balik bola2 yg jarak beberapa inci tu...semangat yg bagus...hahaha



lepas main golf tu kitorang g karaoke plak kat alamanda....bazlie la paling semangat nak karaoke manakala saya, zan dan hanis mcm taknak karaoke...kitorang tak pandai nyanyi...kalo stakat 1 or 2 lagu tu boley la. so kitorang decide utk beli 10 lagu je. bazlie 5, saya, hanis dan zan 5 lagu. tiba2 ja bila masuk dlm bilik karaoke tu, saya, hanis dan zan pulak yg menyanyi byk lagu....hahaha...paling byk nyanyi saya la...lepastu tak habis2 kena kutuk ngn bazlie...damn u!

ms kitorang on the way nak g parking, mcm biasa la kalo girls mcm kitorang ni nampak kedai yg menarik sket, mesti akan singgah. so utk ke parking tu mengambil ms yg agak lama jugak la walaupun jaraknya dekat...mcm2 kedai kitorang singgah...siap try kasut, cermin mata la...memandangkan bazlie sorang je laki, so layan je la kitorang ni....hahaha

dan lokasi terakhir pula adalah ikea...makan meetball...nyum...nyum....sedap sgt...tujuan kitorang g ikea ni adalah utk membeli hadiah min yg bakal kawen pada 20hb dec. lama gila nak pilih hadiah...saya dah tak tahan ngantuk...nak pula kat ikea tu byk katil dan bantal...adeiiii.....tak tahan tgk....last2 kitorang decide utk beli lampu meja...sweet sgt lampu tu...alamak! lupe plak nak snap gambar lampu tu...so, x dpt la korang nk tgk hadiah ape yg kitorang beli utk min...hehe...xpe la...biar hadiah tu menjadi rahsia...hanya org2 tertentu je yg tahu....dan saya juga tak ketinggalan utk membeli d ikea. saya beli kusyen segi empat buat bantal utk tido kat opis....hahahaha...saya mmg seorang yg suka tido

Saturday, December 19, 2009

hi, ekceli saya just nak share ngn u all tentang ape yg telah berlaku di ofis pada hari khamis baru2 ni....buat pertama kali saya telah melakukan kesilapan yg saya rasakan kesilapan tu agak besar. kesilapan yg saya buat tu telah menyebabkan bos dan rakan2 sekerja lain marah...masa saya keluar dari toilet tiba2 marina ckp 'hani, aini nak jumpa. nak kena marah la ni'...terus saya pegi jumpa aini. masa saya jumpa aini tu kak may pon ada skali. aini tegur saya cara saya hantar email kat reseller...masyaAllah...kenapa la saya boleh buat kesilapan mcm tu...ms aini tegur tu baru la saya tahu dan sedar. hati ni rasa bersalah gile kat semua org yg terlibat...time tu saya rasa mcm nak putar balik waktu. kalau la saya bleh tarik balik email yg saya hantar kat reseller tu mcm saya tarik tali yg terjatuh dlm air, mesti saya dah buat dah. tapi aini cool...giant cool...kak may cool..marina cool...even my boss en.fendi also cool...diorang tak marah saya tapi menegur saya dengan lembut dan berhemah...betol2 rasa bersalah kat diorang...huhuhu...encik fend mcm nak marah saya tapi dia mcm tak smpai hati. aini plak ckp 'hani, kenapa la ko kecik sgt...aku nak marah ko pun tak smpai hati'....alhamdulillah la fizikal saya mcm ni...org nak mrh pon tak sampai hati...huhu...tapi terus terang saya katakan....teguran yg lembut lebih bekesan dari tegran yg kasar. alasannya, bila org tegur saya dengan lembut membuatkan saya rs bersalah dan berjanji pd diri sendiri taknak ulangi kesilapan tu sbb tak nak rakan sekerja ditimpa masalah kerana saya. berbanding kalo org tegur saya dengan kasar, mesti dlm hati saya akan ckp 'boleh blah la lu..mcm la ko tu bagus sgt nak marah2 aku...lantak ko la mangkuk!'...
so, moral of the story...kalo korang nak tegur kesilapan org tu, tegur la dengan baik ye....hehehe

Thursday, December 17, 2009

menonton movie avatar

unexpected!!! semalam ntah mcm mn saya boleh TERtengok movie avatar ni...tak pernah pun saya merancang untuk menonton citer ni kat cinema. lebih kurang pukul 9.20 mlm tiba2 zan(my housemate) mendapat call dr john (mmbr same batch masuk TM). john ckp ada 2 tiket free utk filem avatar. terus zan tanya saya nak tgk ke tak...tanpa berfikir, saya ckp 'jom'..
cpt2 kitorang menukar baju dan bersiap ala kadar je...shoot......pegi midvalley..nasib baik dekat je mid tu dgn umah kitorang. kat mid saya sempat gak la singgah beli topup..ms beli topup tu tanpa diduga terjumpa dgn patan...wahahaha...lama gila tak jumpa patan...patan masih seperti dulu dan nampak lebih kurus dr sebelum ni.tak sempat nk berbual panjang dgn patan sbb saya dan zan in hurry time tu...terus naik lift smpai level 3. jumpa dgn mmbr john ambil tiket wayang then masuk dlm pawagam..kitorang terlambat tak tahu berapa minit sbb tak pakai jam...terlupa...yg pasti time kitorang masuk tu movie dah start...kitorang dpt tempat paling depan dan paling tepi...damn it!! saya tak suka tapi disebabkan tiket free, tak kisah sgt la...cuaca dlm cinema tu masyaAllah....sejuk nak mati...nasib baik saya bawa shawl...buleh buat selimut.....hehehe...
sebelah saya ada sorang budak cina dan ayahnya...budak tu asyik tanya ayah dia psl citer tu dan si ayah tu pulak memberi keterangan kat si anak. tapi keterangan yg diberikan tu menggunakan volume yg agak tinggi...terasa menganggu konsentrasi saya pulak...dlm hati ni mcm nak marah jugak...tapi sabar je la...mungkin si ayah tu tak sedar yg dia terckp kuat...(motivasi diri-->sentiasa berfikir positif bila rasa nak marah)....
ok, komen utk citer avatar. bagi saya citer ni bes gak...sbb dlm dunia avatar tu, pemandangan dlm hutan tu sgt2 cantik...mantap betol imaginasi org yg buat filem ni...suasana hutan yg sgt cantik pd waktu mlm disertai lampu2 yg kuar dari pokok2 tu...kalau la betol2 ada hutan yg mcm tu....cuma saya rasa agak geli pulak tgk makhluk ciptaan yg hodoh tu...huhuhu... apa2 pun...citer tu mmg bes la...so, saya syorkan sape yg belum tgk tu pegi la tgk....hehe

Wednesday, December 16, 2009

new moon



lamanya tak update blog ni..terasa rindu la pula...sebenarnya hati ni terasa nak menconteng sesuatu dlm blog ni tapi selalu terlupa dan tidak berkesempatan. atas permintaan ramai...errr...ramai ke? saya perbetulkan balik statement...atas permintaan shy, saya teruskan juga usaha menulis blog ni walaupun dlm keadaan penat skrg...(shy, ko patut rasa terharu)
sebenarnya saya baru je balik dari menonton wayang bertajuk new moon. dah lama saya teringin nak tgk movie ni tapi slalu tak berkesempatan. kebetulan pula ptg tadi kawan lama saya ajak tgk movie citer ni...apa lagi...terus setuju...hehe
seperti biasa, selepas menonton sesuatu mesti la kena ada ulasan dan komen2 mengenai movie tu. secara keseluruhan movie tu boleh la dikatakan bes. tapi xde la sampai nak ckp 'wow!!! bes gile movie tu...rugi korang tak tgk!!'...sebenarnya tak rugi pun kalo korang tak tgk tapi bg mereka yg mmg mengikuti dan minat movie ni berbaloi la kalau nak tgk...tapi pd pendapat saya, saya rasa episod 1st lagi bes kalau nak bandingkan yg kedua ni. dan saya pasti mesti suatu hari nati akan keluar twilight yang ketiga pula. alasan pertama, victoria yg sentiasa memburu bella masih belum mati. alasan kedua, melalui vision alice, bella akan convert jadi pontianak. tapi dlm new moon td, bella belum lagi convert jadi pontianak. kesian sgt kat jacob...tapi apa boleh buat kan...jacob bkn hero dlm cerita tu. so, dia kena la terima hakikat yg dia takkan dpt bella...director selalu berat sebelah...asyik2 bagi hero je menang....huhuhu....tu je la komen yg saya mampu buat utk movie tu. malas nak tulis panjang2 sbb mata saya pun dah tak larat nak buka....huhuhu

p/s: tak sabar pulak nak tunggu twilight yg seterusnya keluar...weeee.....

Tuesday, December 1, 2009

samba de futsal



takkan lepaskan peluang berposing dengan motor botak...motor saje ok!!! hehehe

setelah sekian lama saya tidak meng'update'kan blog ni, akhirnya hari ni saya muncul secara tiba2...ntah kenapa tiba2 datang mood nak merepek-repek kat blog ni walhal saya ada keje lain nak buat di ofis ni...sudah la tempat saya ni menjadi laluan utama para GM (General Manager) dan AGM (Assistant General Manager)...terkantoi nati abis la...huhuhu....

semalam secara tiba2 juga saya, yat dan cath membuat keputusan untuk join geng2 procurement main futsal di samba de futsal...bila gtau ainaa je terus dia excited...ainaa dan futsal dah jadi mcm isi dan kuku...bak kata pepatah, di mana ada futsal di situ ada ainaa...hehe...kitorang bertolak agak lambat sbb jalan jam dlm kul 9 lebih baru sampai....org tak berape ramai sgt...yang penting mamat2 dr negeri China join...dan yg paling bes diorang belanje kitorang main dan minum...besnya!!! dapat main dan minum free....mlm tu saya kurang bertenaga dan permainan saya sgt2 teruk....perut dah lapar...main kejap je...tak sempat nak rs penat tgk2 ms dah abis...

then ms balik tu kitorang terserempak dgn botak...botak ikut kwn2 dia main padehal botak tak main pun...jumpa je botak kitorang smua excited...bukannya excited sbb dpt jumpa botak tapi excited sbb nak tgk motor baru botak...bila botak tunjuk motor dia kitorang smua dah jadi mcm jakun...zack pun dah jadi jakun gak mcm kitorang....terus kitorang bergambar dgn motor botak...botak kelihatan sgt gagah dan macho ketika menunggang motor tu (hanya ketika menunggang motor saja)....saya tak pasti motor botak tu jenis apa. saya bukanlah penggemar motor jd saya tak penah ambil tahu hal2 berkaitan dgn motor...cukuplah sekadar tahu yang botak baru beli motor baru...lepas lepak2 kat kedai mamak isi perut, terus kitorang balik...smpai umah dah kul 12.30 pm....esok keje...ahhhh...!!! penat gile...terus tido smpai pagi...bgn pg td dah rs mcm nak demam tapi saya gagahkan diri gak utk pegi opis....hahahaha....futsal punya pasal...

'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA....YAY!!!!'

Template by:
Free Blog Templates